Isnin, 30 November 2009

Hatinya Berbunga

Hatinya Berbunga Hatinya berbunga Melihat kumbang mengalun rentak Rentak pesona Persada cinta Hatinya berbunga Melihat senyum mentari Seri bulan purnama malam hari Seakan berkongsi bunga hatinya Hatinya berbunga lagi Untuk kali kedua Doanya Biarlah bunga-bunga hati ini Terus menguntum mekar Hingga akhir hayatnya Hatinya berbunga kembali… Syukur…. Azah Bakri…25 Januari 2005

Sajak 1

TANAH INI BASAH LAGI… Tanah ini basah lagi Dengan hujan yang turun kelmarin dulu Hujan derita Duka yang mengalir Tanah ini basah lagi Dengan airmata luka Merintih dalam sunyi Sepi Dan luka itu Bertambah dalam parah…. Tanah ini basah lagi Dengan darah kecewa Luka semalam masih belumpun kering Azah Bakri Mac-April 2004

Sabtu, 14 November 2009

Aku Sayang Bob

Bob kucing yang sangat istimewa di hatiku. Bob aku beri nama kerana pada aku nama itu cukup ringkas dan sesuai dengan saiz badannya. Bob kucing yang paling manja berbanding dengan kucing-kucingku yang lain. Dengan kawan-kawan aku Bob mudah mesra. Mesra gitu....

Aku akan mudah sangat rasa rindu pada Bob. Apabila aku balik sekolah...dari jauh aku dah nampak dia akan berlari menuju ke rumah lalu mengguling-gulingkan badannya di tengah jalan. Itulah Bob. Berat badan Bob 6 kilo lebih. Ibaratkanlah mengangkat 5 kilo beras...Seronok dapat memeluk Bob. Bob juga mesra dengan kucing-kucing lain (kucing kecik...bukan kucing besar) Bob menjadi hero kepada kucing-kucing ku yang lain. Boblah yang akan mempertahankan kucing-kucing ku yang lain daripada serangan kucing otai di kawasan ini. Bob akan marah sangat kalau memarahinya bergaduh dengan kucing lain. Jika aku memegangnya Bob akan menggigit-gigit tangan aku tanda protes. Emmm mungkin dia tak sempat menunjukkan keperkasaannya kepada musuhnya itu. Kadang-kadang aku rasa selamat apabila Bob ada di rumah...kenapa ye? Mungkin perasaanku saja...ntahlah....

Bob..oooo...Bob

Aku selalu tanya Bob...Bob sayang kita tak? Dia akan memandangku...Faham atau tidak dengan soalan aku...aku pun tak tahu... :)

Aku Jadi Rindu

Hari ini aku jadi rindu pada masakan arwah ayah terutamanya lempeng yang arwah buat pagi-pagi. Aku dah cuba banyak kali untuk mencuba untuk membuat lempeng yang sama seperti aarwah buat tapi tetap tak sama.
Macam mana persoalan ini timbul? Hal ini dibangkitkan ketika kami(kakakku dan anak saudaraku(yati) berbual-bual tentang makanan. ketika itu aku dan yati sedang menikmati makanan tengah hari di rumah kakakku. Masa itulah semua orang mengemukakan betapa mereka merindui makanan yang arwah buat. Arwah memang pandai masak. Setiap orang yang datang terutama cucu-cucunya walaupun dah makan di rumah akan makan sekali lagi jika menziarahi arwah. Arwah akan menyuruh aku memasak nasi jika cucu-cucunya nak makan. Dia suka sangat kalau tengok cucu-cucunya makan. Puas hati arwah agaknya
Lempeng arwah memang istimewa bagi aku. Lembut tapi dalam masa yang sama akan rangup di tepi-tepinya. Lempeng itu tetap lembut dan sedap walaupun hari menjelang petang. Aku akan makan berkeping-keping jika sarapan pada pagi itu ialah lempeng. Lempeng itu dicicah dengan sambal tumis yang arwah buat juga. Arwah kalau buat sambal tumis dan asam pedas pun sangat sedap. Ada seorang sahabatku..sanggup meminta arwah membuat sambal tumis dan menyuruh aku membawanya pulang ke Perak.
Beberapa hari lagi...Aidil Adha akan tiba. Makanan yang dulunya arwah buat iaitu Burasak...tak akan dapat kami nikmati lagi. Kami jadi rindu semua itu...rindu sangat. Apa yang tinggal hanya kenangan. Tetap dalam hati...itu istimewanya....

Isnin, 2 November 2009

Kematian itu pasti....

Sejak kematian anak sepupuku kerana sakit kencing mati...atau pemergian seseorang sebelum ini...aku sering memikirkan bagaimana rasanya MATI. Sakitkah? Bersediakah aku nak menghadapi kematian? Cukupkah bekalan aku? Sudah sempurnakah segala tanggungjawab aku kepada orang lain? emmmm...aku akan mati di mana? bagaimana keadaan aku ketika mati? siapa yang mengadap aku ketika mati? Oleh sebab aku tinggal seorang..adakah aku mati orang lain akan tahu atau aku dikelilingi oleh kucing-kucing aku? Beratkah jenazahku? Doa aku...matikanlah aku dalam Iman, Ringanlah jenazahku, aku sudah menunaikan semua tanggungjawab sebagai seorang Islam dan aku mati dalam keadaan yang mudah. Amin...

Melangkah 40...sempurnakanlah

Lagi 22 hari lagi aku akan melangkah 40. Apa perasaan aku sebenarnya? Apa persediaan aku sebenarnya? Sejak awal tahun lagi aku sudah pun mengira-ngira detik ini. 40...emmmm..ada kalanya aku rasa takut . Bukan takut kerana umur semakin tua tapi takut nak menghadapi cabaran usia 40 itu. Ada orang kata...life begin at 40. Nak jadi baik...nak jadi sebaliknya...pun dikatakan pada usia tersebut. Perempuan juga tak terlepas daripada itu. Umur 40 seolah-olah satu kelahiran baru. Apa perasaan aku? Aku takut...takut jika aku jadi hambaNya yang hidupnya ntah apa-apa. Apa persediaan aku? Harta...Ada kereta, Kucing 4 ekor. Teman hidup?...emmmm...tak tau... Rumah?..emmmm...tak tau nak settle down kat mana... Seterusnya.... Aku akan sempurnakan mana yang patut.. Doa banyak-banyak supaya Aku Jadi Manusia yang lebih baik daripada semalamnya... Akan cuba luangkan masa yang lebih banyak denganNYA... Akan lebih banyak dan lebih kerap membaca kitabNYA....

Isnin, 10 Ogos 2009

Tentang Jodoh

Hari ini aku menerima sms dari seseorang. Mulanya hanya bertanya perkara-perkara biasa. Ya..lah khabar berita etc. Satu pernyataan yang sangat menghiris hati...agaknya aku sensitif kot hari ni...atau bila sudah menginjak umur...hati menjadi sensitif...MUNGKIN... Si pengirim sms...bertanya...bila nak kawin? Aku cakap...mmm....carikanlah...dia balas..rugi tak kawin...nanti..**** tak digunakan. so WHAT? Hello...perkahwinan bukan sekadar memenuhi tuntutan seksual, bukan sekadar nak elakkan maksiat. Perkahwinan ialah satu ibadah. Kalau seksual yang sentiasa difikirkan oleh pasangan, maka itu sajalah yang dia dapat. Kalau sekadar nak elakkan maksiat tanpa menghayati erti perkahwinan itu, maka bila timbul masalah mulalah buat drama lain pula. Kalaulah tidak mahu kawin itu memang menjadi pilihanku...aku tidak ambil kisah orang nak kata apa pun. Mereka yang telah ditemukan Allah jodoh kekadang ni melalui pemerhatian aku...akan lupa siapa dulu seketika dulu. Lupa akan nikmat yang Allah beri kepada mereka sehingga mereka menjadi 'sombong' sekejap untuk sama-sama mendoakan rakan-rakan mereka yang lain. Maka akan keluarlah kata-kata yang kekadang menghiris perasaan orang yang belum berkahwin. Dia tu tak kawin lagi..sebab memilih ke? Rugi tak kawin....dia tu tak kawin sebab lelaki takut dengan dia...maklumlah pakai kereta besar... pendek kata macam-macam lagi. Ramai yang berpesan padaku, jika aku menunaikan umrah, minta jodoh di sana. Persoalannya, semasa aku berkungjung ke Mekah, tujuan utama aku adalah hendak menjadi tetamuNya yang istimewa walaupun aku bukan hambaNya yang istimewa, soal minta jodoh barulah ku fikirkan kemudian. Enam kali umrah, 7 kali pusingan tawaf, bersolat sunat di Raudah, Hijr Ismail, di bawah Pancuran emas, di hadapan Kaabah, di Jabal Rahmah, tidak putus-putus doa itu yang ku sebut. Doa supaya ditemukan jodoh yang mencintaiNya dan mencintaiku serta mendapat zuriat tak lekang dari mulut ini. Soal jodoh kerja Allah, rahsia Allah...manusia tak mampu untuk membongkarnya. Pada aku ada sebab mengapa jodoh seseorang itu lambat atau cepat. Ada hikmahnya. Aku sentiasa mempositifkan diriku..bahawa sesungguhnya setiap kesukaran itu ada kemudahannya. Dengan lambatnya aku bertemu jodoh, manalah tahu hubungan aku dengan Pencipta menjadi lebih rapat lagi...kerana aku sentiasa berhubung..berkomunikasi denganNya. Mungkin Allah mahu betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal, barulah jodoh diberikan kepadaku. InsyaAllah. Sebenarnya menurut sahabatku..doa itu akan menjadi lebih cepat dimakbulkan jika orang-orang di sekeliling turut mendoakan kita sekali. Persoalannya, kalau lebih ramai yang mempertikaikan kita ...mengapa kita itu...mengapa kita begini...ia tak akan membantu kita. Moralnya, kita kena doakan antara satu sama lain.

Sabtu, 18 Julai 2009

Mawi...oh mawi...

Emmm...aku rasa Mawi ni kucing yang pelik sikit perangainya...semasa aku mula-mula beli Mawi...aku namakan dia Beckham...ala-ala David Beckham...sebab bulunya warna oren...warna rambut mat saleh....lepas sebulan aku tukar nama dia..jadi Mawi...ada unsur kemelayuan...hehehehe...Mawi kucing yang comel...senang sangat nak ajar...Dia pergi WeWe pun sendiri...terus ke toilet...tak macam Bob n Yaya dulu...aku kena kurung satu hari diorang dalam toilet supaya diorang kena faham wewe kat situ....Aku katakan Mawi ni kucing pelik sikit sebab dia suka sangat makan kurma...kalau aku makan mesti dia nak juga...kalau dikira-kira boleh 2 biji kurma dia makan....Mawi juga suka sangat makan Big Apple Donuts...Dia tak pandai nak menggigit..kalau dia marah ...suaranya saja garau...tapi tak menggigit....Dia kucing yang snobbish...hahahahaha...tak semua orang dia suka. Dia tak macam Bob..yang manja. Mawi akan bermanja dengan aku saja... Mawi oh mawi...

Rabu, 24 Jun 2009

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja. 1. Bekas kekasih saya adalah :sejarah yang telah lama saya tinggalkan. 2. Saya sedang mendengar :suara DJ radio sedang membebel dan iklan radio yang ntah apa2 3. Mungkin saya patut :tidur supaya hilang semua masalah .4. Saya suka :duit dan apa yang duit boleh buat untuk saya. 5.Sahabat-sahabat baik saya :ada di sini dan ada di tempat lain juga. Seorang daripadanya ada di Trengganu. 6.Saya tak paham :kenapa manusia suka gaduh perkara yang remeh temeh. 7.Saya kehilangan :waktu dan ruang saya untuk baca buku cerita banyak2. 8.Ramai yang berkata :saya ni baik hehehehehe...ye ke ..Mekasih. .9.Makna nama saya : Rusa.....warghhhhhhhhhhhh.10.Cinta itu adalah :perasaan yang tidak boleh diungkap dengan perkataan. manusia jadi lupa diri kerana cinta...cinta juga menyatukan manusia 11.Di suatu tempat, seseorang sedang :monyok. saya tensen tengok orang monyok kerana secara tak langsung kita pun boleh terlibat sama jika orang itu kawan kita. 12.Saya akan cuba :menjadi kaya hahahahahaha. Amin. 13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :infiniti. 14.Telefon bimbit saya :berwarna silver dan merah. saya sayang yang silver...dah guna 3 tahun..bateri masih bertahan lama. 15.Bila saya terjaga dari tidur :saya kena cepat2 bangun sebab Bob dah bernyanyi di telinga saya kenan nak makan..oooohhhh BOB .16.Saya paling meluat apabila :orang yang tak reti beratur. 17.Pesta/Parti adalah :menggembirakan apabila kawan-kawan yang menggembirakan ada bersama.18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :kucing 19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 24 tahun sebab saya dah grad daripada universiti...dapat keje dan pegang duit sendiri .20.Hari ini :cuaca sangat mendamaikan, bunyi-bunyian burung juga mengurangkan kesunyian pagi di sekolah saya. kucing-kucing saya pun berada di rumah. 21.Malam ini saya akan :cuba menggosok baju-baju keje...tapi bila kenangkan ada tuisyen..malasnya 22.Esok pula saya akan : ada kelas budak f2 watu terakhir...bosannya. 23.Saya betul-betul inginkan :sambung belajar...pegi umrah lagi...mekah dan madinah ..tempat yang paling menenangkan jiwa. 24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :nampak macam kurus skit...hahahahaha..perasan 25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :JJ .26.Makanan Barat atau Jepun :tak suka makanan Jepun... .27.Bilik yang terang atau gelap :gelap apabila tidur, cerah apabila siang. 28.Makanan segera adalah :lebih senang ketika terlalu sibuk atau dalam erti kata lain terlalu malas untuk memasak. 29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Orang-orang yang berada di sekekliling kita ni hanya kawan...belum sampai tahap sahabat....nak cari sahabat ni bukan dalam masa yang sekejap...kekasih atau suami...belum tentu boleh jadi sahabat kita.Belajarlah jadi rasional 30.Siapa yang anda mahu Tag?entahnya...tengoklah sesiapa yang saya mahu.

Pengembaraan Penyucian Jiwa dan mencari ketenangan

Masjid Nabawi, Madinah

Hadapan pusat pencetakan Al-Quran, bandar Madinah Di Jabal Rahmah Di kawasan Bukit Uhud.... Umrah adalah penyucian jiwa. Rasa tak sabar-sabar nak menunaikan umrah bila aku mengambil keputusan untuk mengerjakannya. Setelah bertanya dengan Su, alhamdulillah dia sekeluarga nak pergi juga. Lega rasa hati sebab aku boleh tumpang mahram ayahnya. Aku mula membuat persediaan sejak bulan 2 lagi...maklumlah tak penah pergi...jadi macam2 yang difikirkan.

Khamis, 28 Mei 2009

In loving memory 27/2/07 - 22/5/09

Hanya tinggal kenangan....kucing ku yang baik hati..Yaya mati dilanggar kereta di hadapan rumahku...hari jumaat....seminggu sebelum aku menunaikan umrah. Pagi itu aku bercuti sebenarnya...sebab malamnya aku akan balik JB untuk kenduri. Pagi itu setelah aku buka pintu, seperti biasa kucing-kucingku akan keluar....itulah kali terakhir aku melihat Yaya keluar...dia terus meluru keluar...berlari ke arah pokok di seberang jalan...aku melihatnya riang ditemani anaknya JJ. Apabila aku masuk ke dalam rumah, dan kemudian mengunci pintu dan terus menghidupkan enjin kereta, seorang jiran memberhentikan kereta dan mengetuk pintu cermin keretaku. Dia mengaku dia melanggar Yaya. Aku antara percaya dan tak percaya. Antara nak terima kenyataan dengan tidak. Tapi itulah hidup, Yaya pergi meninggalkan aku dan kucing-kucing lain. Aku meminta jiran itu mengangkat Yaya ke tepi, Yang sedihnya, Bob, Mawi, Puteh dan JJ turut mengerumuni Yaya yang sudah terkulai layu tidak berdaya. Warghhhhhh...sedihnya masa tu...air mata tak leh nak tahan2.

Khamis, 14 Mei 2009

kenapa ada orang...

Kenapa ada orang... Tak suka lihat kita bahagia? Kenapa ada orang... Tak suka tengok ni nak bergaya lawa dari dia hehehehehe.... Kenapa ada orang... Tak suka tengok kita lebih dari dia Kenapda ada orang... Suka sakitkan hati kita Kenapa ada orang... Suka perli-perli kita Kenapa ada orang... Tak boleh nak biarkan kita senang lenang Sebabnya... Dia memang busuk hati...

Rabu, 13 Mei 2009

Ada orang bertuah

Ada orang bertuah... sepanjang perjalanan hidupnya dia bahagia..... Tapi itu ujian.... Ada orang bertuah... sepanjang kerjayanyanya dia dapat elakkan diri dari tugas-tugas berat... Tapi itu merugikan... kerjayanya tak berkembang... Pemikirannya tidak matang.... Dia boleh jadi tak tahu apa-apa... Dia boleh jadi tak tahu nak bertindak... Sebab dia tidak pernah berhadapan dengan cabaran Sebab dia tidak pernah berhadapan dengan stress... tapi.... walaupun dah diterangkan kepada si polan dan si polan... terimalah cabaran itu...dugaan itu... tapi si polan...tetap...dia banyak kerja...orang tak faham.... hakikatnya....si polan memang tak suka cabaran... cabaran itu ada tersiratnya.... mendewasakan kita.... Moralnya.... Ada orang bertuah... Dari pelbagai sudut... Dan aku rasa bertuah... Aku terima cabaran... dari sudut positif...

Jumaat, 27 Mac 2009

Hanya 3 Perkara

Three jobs I have had in my life: 1. minah kilang 2. tuition teacher 3. teacher Three places I have lived: 1. Pulau Pinang 2. Perak 3. Johor Three shows that I watch: 1. CSI 2. AFC cooking programs/Travel n living 3. Cerekarama Three places I have been: 1. Singapore 2. HatyaiBangkok 3. Jakarta Bandung Three people who e-mail/sms me regularly 1. My family 2. My friends 3. My students Three of my favorite foods 1. Nasi ayam 2. Cheese cake 3. my late father asam pedas Three places I'd rather be right now: 1. My home 2. My brother house 3. Holidaying somewhere Three friends I think will respond: 1. apex 2. my niece...yati 3. my student..hasrul Three things I am looking forward to this year: 1. Umrah 2. Married 3. Phd
I personally find these are good messages for everyone everyday.... :) GOOD DAY, FRIEND :) Sometimes in life, you find a special friend;
Someone who changes your life just by being part of it.
Someone who makes you laugh until you can't stop;
Someone who makes you believe that there really is good in the world.
Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it.
There is always someone who loves you more than you know

Khamis, 26 Mac 2009

Apa yang kita mahu dalam hidup?

Admit one thing you feel awful about (involving being a teacher). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good teacher! Masa aku mula mendaftar di USM..amik kursus pendidikan...hampir satu tahun..aku terfikir-fikir..betul ke aku nak jadi cikgu..layak ke aku nak jadi cikgu? diam tak diam habis 4 tahun..aku belajar kursus pendidikan...dan pejam celik pejam celik dah 15 tahun aku jadi cikgu.... Mula-mula mengajar (sekolah yang real) aku dapat di MRSM Gerik...setelah setahun menganggur.....takut pun ada..sebab Gerik: 1. jauh di pedalaman.. 2. bekas aktiviti komunis...(mcm2 aku dengar...bekas komunis pun ada lagi diorang kata) 3. risau tak dapat sesuaikan diri... 4. byk gajah...aku penah dengar gajah berbunyi kul 5.30 pagi...terasa dekat..walaupun orang kata gajah2 tu jauh 5 km dari asrama Hari pertama sampai ....Tak de air!!!!!!!!!....tertekannya....aku masa tu rindu kat Wak..kucing aku Pus.... Masuk kelas.....semua diam... bulan berganti....bebudak kata muka aku nmpak garang....tapi sebenarnya Baik...hehehehehe.... Tak de air...tak de elekstrik...mandi sungai..perkara biasa di MRSM Gerik...tapi seronok di sana... tapi sebenarnya...aku menjadi semakin garang...faktor umur kot?Pengalaman ke?...emmm..ntahlah ngajar budak2 sekarang...aku penah rotan budak tanpa aku sedar betapa emosi menguasai aku...lepas tu aku rasa bersalah sangat.....teruk kan ?...aku juga semakin laser kalau marah budak2...malas nak berlemah lembut lagi.....penat dah...hehehehehehe List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you. 1.Aku suka kalau students aku buat keje sekolah dengan kemas...tulisannya cantik..senang nak baca 2.Aku suka kalau jungle tracking dgn students aku...rasa seronok sebab meriah suasana 3.aku suka kalau students aku menumpukan perhatian bila aku bercerita... 4. bincang dengan students aku isu-isu semasa 5. students aku kata aku ni kelakar.....suka buat lawak ....ye ke... 6. Students yang lemah..dapat result yang sangat baik....seronok 7. Melihat students aku menjadi orang yang mempunyai kehidupan yang baik....

About Me

11 Perkara Yang Orang Tak Tahu Pasal Aku 1) Aku akan settlekan perkara tu sampai habis...jika aku suka buat...contohnya pasal komputer 2) akan kemas tempat tidur..sebelum tido...tak boleh tido jika cadar tak betul...dah terbiasa diajar oleh arwah mak 3) Kemas katil di hotel walaupun aku tau ada cleaner yang dtg kemas...rasa malu kalau cleaner tu anggap apalah pemalas tahap dinosour kalau cadar tunggang langgang 4) akan pastikan tak de kain baju kotor dalam mesin basuh kalau nak berjalan-jalan 5) Suka dengan rumah kampung 6) aku akan mengemas kalau tension....akan baca buku cerita kalau tension... 7) Sensitif dan laser kalau dah marah 8) Takut bunyi petir..sanggup nyorok bwh katil masa kecik2 kalau bunyi petir... 9) Berangan nak naik motor besar :) 10) Suka suasana hujan....dan waktu subuh yang hanya kedengaran bunyi semulajadi...tak perlu buka radio..tv....just natural bunyi yang sedia ada 11) Tak suka orang tanya soalan yang sama atau soalan yang tak perlu nak jawab..sendiri mau fikirlah....hehehhe)

Jumaat, 13 Mac 2009

Hubungan yang suram...

Kenapa ya...hubungan ini semakin suram.....suram...dan suram.....

Happy holiday

Yahooo...cuti menjelang lagi...tak sabar rasanya. tapi...dah banyak plan...tapi bukan plan bercuti...nak buat keje sekolah tertangguh...nak pi muar...nak pi ukm...nak tido...nak menjaga Bob, Mawi, Yaya, Puteh dan JJ. Tapi ...cuti biasanya TIDO hahahahahahahaha....

Selasa, 10 Februari 2009

Kucing oooo kucing

Petang Februari 6, 2009. ke rumah makcik....dari dalam terdengar-dengar bunyi kucing mengiau-ngiau. suaranya dah serak sangat...badannya terhoyong-hayang. tangannya tersepit dicelah rak pinggan mangkuk. nanti...sambung cite

Surat Ungu untuk Nuha...

Surat ungu untuk Nuha....bertukar jadi surat saman untukku....hahahahaha....aku rasa aku memandu dalam keadaan yang relaks...tak ada apa yang hendak dikejarkan... Polis: emmmm..sila ketepikan kereta cik...tunjukkan lesen....ok.....mana ic? Aku: kenapa encik? apa salah saya? Polis: awak didapati memandu laju ye...91km sejam...kawasan tu 60km sejam? Aku: ye ke? emmmmm...tak de diskaun ke encik saman ni? Polis: nanti awak tunggu surat ye.... Aku: tapi encik...alamat yang encik ambil...saya dah tak duduk di situ.. Polis: tak pe...awak tunggu je surat tu sampai.... Aku: oklah...terima kasih Harap-harap surat tu tak sampai....masuk ni dah dua kali aku kena saman....yang bawa kereta mewah dan laju tak de pulak kena saman....moral of the story...bersopan-santunlah di jalan raya.

Isnin, 2 Februari 2009

No 'idea'

kekadang kalau kita buat kerja yang sama yang dah jadi rutin...kita akan rasa sangat bosan....ish..tak baik....kenapa perkataan bosan tu mesti ada dalam diri kita... emmmmmmm...pagi ni bagai nak gila..memerah idea macam mana nak ajar cerpen...sebabnya: 1. Kalau suruh budak2 buat presentation.....dah muak sangat.... 2. Kalau kita yang bercakap....pastu tengok budak2 tido...kita yang stress.... Akihirnya...dapat idea...guna teknik 'freeze'....ok juga kot....ada respon yang baik daripada budak2..... Masuk 502....cikgu ada taik burung....!...Jadi...aku terfikir....kita kena settlekan perkara kecik mcm tu.....?..Tu lah budak2 sekarang....hampir tak tau nak berfikir....mcm robot.....

Sabtu, 31 Januari 2009

Benchmarking di Sabah

Akhirnya sampai gak ke Sabah...itupun sekolah belanja....ikut program benchmarking...macam-macam yang dibenchmarkkan...daripada bangunan hinggalah ke mutiara hahahahahaha....

Ada ke patut...

Patut ke...tahun ni aku dah mula bosan ngajar? Patut ke ...tahun ni aku impikan sesuatu yang ajaib akan berlaku? Patutke...tahun ni aku perlu caripeluang yang lebih luas...lebih banyak.... warghhhhhhhhhhhhhhhh....aku tension tahap giga..... aku nak kan..perubahan dalam hidup..... macam mana ni....

Khamis, 29 Januari 2009

Dari Jakarta ke Bandung...

Singgah di Ancol..sebelum ke Bandung... Katanya ni tempat(Bandung) Peter Pan lepak2 main muzik sebelum popular....
Antara pemandangan menarik di Jakarta...yang tengah tu tunjuk perasaan orang Jakarta..sebab apa...idaklah saya tahu...
Kafe ni ala-ala hard rock cafe...tapi tak masuk pun....posing kat seberang jalan je...
Percutian Jakarta-Bandung tidak dirancang...ketika itu kebosanan tahap giga...call kawan ada plan nak pi mana2..so...kitaorang sampailah ke Jakarta....

Rabu, 28 Januari 2009

Kucingku

Kucing-kucingku ada 5 ekor...Bob, Yaya, Mawi, Putih dan JJ. Bob dan Yaya. Aku memang peminat no. 1 kucing. kali terakhir aku bela kucing...1994. Tahun 2007 aku mulakan hobi membela kucing..setelah tamat master. Kucing tu aku namakan Bob dan Yaya. Kenapa Bob?emmmm sebab dia kucing yang gemok....pastu aku beli pulak kucing yang ketiga...aku namakan Mawi...sebab aku minat mawi masa tu....hahahahaha... Mawi yang pandai posing.... Bob yang manja lagi hensem
JJ yang penakut...
Putih yang comel...suka makan ikan
Mawiku........
Mawi ketika kecik..seronok tido
Bob....
bukan kucingku

Homeroom

Sepanjang Jalan Kenangan

Kenangan semasa reunion maresmag 2005