Isnin, 10 Ogos 2009

Tentang Jodoh

Hari ini aku menerima sms dari seseorang. Mulanya hanya bertanya perkara-perkara biasa. Ya..lah khabar berita etc. Satu pernyataan yang sangat menghiris hati...agaknya aku sensitif kot hari ni...atau bila sudah menginjak umur...hati menjadi sensitif...MUNGKIN... Si pengirim sms...bertanya...bila nak kawin? Aku cakap...mmm....carikanlah...dia balas..rugi tak kawin...nanti..**** tak digunakan. so WHAT? Hello...perkahwinan bukan sekadar memenuhi tuntutan seksual, bukan sekadar nak elakkan maksiat. Perkahwinan ialah satu ibadah. Kalau seksual yang sentiasa difikirkan oleh pasangan, maka itu sajalah yang dia dapat. Kalau sekadar nak elakkan maksiat tanpa menghayati erti perkahwinan itu, maka bila timbul masalah mulalah buat drama lain pula. Kalaulah tidak mahu kawin itu memang menjadi pilihanku...aku tidak ambil kisah orang nak kata apa pun. Mereka yang telah ditemukan Allah jodoh kekadang ni melalui pemerhatian aku...akan lupa siapa dulu seketika dulu. Lupa akan nikmat yang Allah beri kepada mereka sehingga mereka menjadi 'sombong' sekejap untuk sama-sama mendoakan rakan-rakan mereka yang lain. Maka akan keluarlah kata-kata yang kekadang menghiris perasaan orang yang belum berkahwin. Dia tu tak kawin lagi..sebab memilih ke? Rugi tak kawin....dia tu tak kawin sebab lelaki takut dengan dia...maklumlah pakai kereta besar... pendek kata macam-macam lagi. Ramai yang berpesan padaku, jika aku menunaikan umrah, minta jodoh di sana. Persoalannya, semasa aku berkungjung ke Mekah, tujuan utama aku adalah hendak menjadi tetamuNya yang istimewa walaupun aku bukan hambaNya yang istimewa, soal minta jodoh barulah ku fikirkan kemudian. Enam kali umrah, 7 kali pusingan tawaf, bersolat sunat di Raudah, Hijr Ismail, di bawah Pancuran emas, di hadapan Kaabah, di Jabal Rahmah, tidak putus-putus doa itu yang ku sebut. Doa supaya ditemukan jodoh yang mencintaiNya dan mencintaiku serta mendapat zuriat tak lekang dari mulut ini. Soal jodoh kerja Allah, rahsia Allah...manusia tak mampu untuk membongkarnya. Pada aku ada sebab mengapa jodoh seseorang itu lambat atau cepat. Ada hikmahnya. Aku sentiasa mempositifkan diriku..bahawa sesungguhnya setiap kesukaran itu ada kemudahannya. Dengan lambatnya aku bertemu jodoh, manalah tahu hubungan aku dengan Pencipta menjadi lebih rapat lagi...kerana aku sentiasa berhubung..berkomunikasi denganNya. Mungkin Allah mahu betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal, barulah jodoh diberikan kepadaku. InsyaAllah. Sebenarnya menurut sahabatku..doa itu akan menjadi lebih cepat dimakbulkan jika orang-orang di sekeliling turut mendoakan kita sekali. Persoalannya, kalau lebih ramai yang mempertikaikan kita ...mengapa kita itu...mengapa kita begini...ia tak akan membantu kita. Moralnya, kita kena doakan antara satu sama lain.