Khamis, 22 April 2010

Umpama 'Jaja dan Din'

Masih terngiang-ngiang lagi alunan azan dan bacaan ayat suci al-Quran bacaan ustaz ini. Hati aku menjadi sangat syahdu. Bacaannya menusuk kalbu. Bukan tak biasa mendengar orang-rang membaca ayat-ayat Allah. Tapi ntah kenapa ye... Kali pertama aku berasa sangat syahdu apabila mendengar bacaan al-quran adalah semasa di Mekah. Suara imam tersebut sangat merdu dan bacaannya 'sampai' di dalam hati aku. Sewaktu di Madinah pun aku tak rasa begini berbanding di Masjidil Haram. Kadang-kadang aku jadi tak sabar untuk bersolat di Masjidil Haram kerana hendak mendengar bacaan imam tersebut. Balik di Malaysia aku masih lagi teringat-ingat dengan suara imam tersebut. Aku sanggup mencari cd bacaan imam tersebut semasa di Mekah. Umpama anak kecil, puas apabila mendapat apa yang diidamkan. Seronok sangat. Beberapa hari yang lepas, aku mengikut kawan mengikuti proses perubatan Islam. Hanya semata-mata menggunakan ayat-ayat Al-quran. Wah...sekali lagi aku bertemu dengan ustaz ini. Suaranya yang mengalunkan azan dan ayat al-quran sangat sedap pada halwa telingaku. Selepas kawanku diubati, aku punya mengambil tempat. Terasa dekat benar di hati, di jiwa bacaan ustaz itu. Umpamanya semasa dia mengalunkan bacaannya, aku membayangkan..kalaulah yang membacakan ayat itu 'suamiku' alangkah bagusnya. Kalau Jaja sanggup menjejaki Din, jatuh hati dengan perwatakan Din, aku pun sama juga. Tetapi aku taklah sampai ke situ. Emmmm....moga-moga aku bertemu jodoh dengan orang sebaik 'Din', merdu bacaan ayat-ayat al-quran seperti imam/ustaz. Warghh...besarnya impian...