Isnin, 27 September 2010

Umrah Ramadan 2010

Pagi 1 Syawal....di Masjidil Haram...dianggarkan umat manusia 5 juta

Keputusan untuk mengerjakan umrah ramadan 2010 kuambil setelah: 1. Rayuan untuk mengerjakan haji tidak mendapat respon daripada tabung haji 2. Mendengar cerita kawanku yang menyatakan keseronokan berpuasa di Mekah 3. Menggunakan duit tuisyen dengan sebaik-baiknya... dan...keputusan yang kuambil ini sangat tepat....kerana.. 1. Seronoknya menjalani aktiviti malam pada ramadan kali ini di Madinah dan Mekah...Terawih dan Tahajud berjemaah...berada di masjid hampir 80% waktu di dalam masjid... 2. Aku tak payah nak memikirkan aku perlu berada di rumah siapa pada malam raya hehehehehe Pengalaman yang tidak boleh dilupakan... 1. Hampir-hampir tidak boleh masuk masjidil haram kerana orang terlalu ramai dan polis melakukan sekatan.. 2. Berhari raya bersama Lini setelah 15 tahun tidak berjumpa. Allah pertemukan kami di Mekah al-Mukaramah... Azamku.... 1. Kumpul duit lagi...selepas mengerjakan haji...buat umrah banyak-banyak...untuk berada dekat dengan Allah.... Kesimpulannya... Ramadan di Madinah dan Mekah memerlukan kekuatan minda dan fizikal....

Selasa, 25 Mei 2010

Bila Rasa Dihargai...

Apa rasanya jika kita dihargai...disukai...diminati...tanpa kita mengetahuinya. Dan apabila kita mengetahuinya setelah cerita itu terpendam...kita akan rasa terharu dan teruja sangat. Lebih-lebih lagi jika kita bukanlah orang yang rupanya macam Nur Fazura ke...Erra Fazira ke...atau yang punya suara seperti Siti Nurhaliza ke.... Pengalaman itu mesti sesuatu yang sangat indah dan menarik. Terima kasih kepada 'teman' yang pernah meminatiku, menghargai persahabatan dan layananku...tapi dianggap 'istimewa' bagi teman itu. Sungguh tak disangka...aku diminati dan disukai dalam diam...Terima kasih banyak-banyak. Walaupun tiada jodoh...setelah diketahui dia meminati aku sehingga sanggup merealisasikan permintaanku...terima kasih tidak terhingga.

Khamis, 22 April 2010

Umpama 'Jaja dan Din'

Masih terngiang-ngiang lagi alunan azan dan bacaan ayat suci al-Quran bacaan ustaz ini. Hati aku menjadi sangat syahdu. Bacaannya menusuk kalbu. Bukan tak biasa mendengar orang-rang membaca ayat-ayat Allah. Tapi ntah kenapa ye... Kali pertama aku berasa sangat syahdu apabila mendengar bacaan al-quran adalah semasa di Mekah. Suara imam tersebut sangat merdu dan bacaannya 'sampai' di dalam hati aku. Sewaktu di Madinah pun aku tak rasa begini berbanding di Masjidil Haram. Kadang-kadang aku jadi tak sabar untuk bersolat di Masjidil Haram kerana hendak mendengar bacaan imam tersebut. Balik di Malaysia aku masih lagi teringat-ingat dengan suara imam tersebut. Aku sanggup mencari cd bacaan imam tersebut semasa di Mekah. Umpama anak kecil, puas apabila mendapat apa yang diidamkan. Seronok sangat. Beberapa hari yang lepas, aku mengikut kawan mengikuti proses perubatan Islam. Hanya semata-mata menggunakan ayat-ayat Al-quran. Wah...sekali lagi aku bertemu dengan ustaz ini. Suaranya yang mengalunkan azan dan ayat al-quran sangat sedap pada halwa telingaku. Selepas kawanku diubati, aku punya mengambil tempat. Terasa dekat benar di hati, di jiwa bacaan ustaz itu. Umpamanya semasa dia mengalunkan bacaannya, aku membayangkan..kalaulah yang membacakan ayat itu 'suamiku' alangkah bagusnya. Kalau Jaja sanggup menjejaki Din, jatuh hati dengan perwatakan Din, aku pun sama juga. Tetapi aku taklah sampai ke situ. Emmmm....moga-moga aku bertemu jodoh dengan orang sebaik 'Din', merdu bacaan ayat-ayat al-quran seperti imam/ustaz. Warghh...besarnya impian...

Selasa, 2 Mac 2010

Kahwin ooo kahwin..

Matanya melingas-lingas di sekelilingnya. Dia tidak pasti di mana dia meletakkan barang tersebut. Diselak-selaknya helaian baju yang sudah berlipat. Matanya beralih ke laci yang terletak di tingkat atas almari. “aku pasti…ye aku pasti mesti barang tu ada di dalam laci ni.” Dengan hati-hati, ditariknya laci tersebut dan dikeluarkan segala barangan yang mengisi ruang laci tersebut. Tiba-tiba…kring..kring…loceng pintu rumahnya berbunyi. Konsentrasinya hilang untuk terus mencari barang tersebut. “Siapa pulak yang datang ni,” rungutnya. “Dahlah aku nak cepat…ish….” Dia cepat-cepat mengisi semula barang-barang yang dikeluarkan tadi ke dalam laci semula. Tak tersusun…arghhh..biarlah…Pintu biliknya ditutup rapat. Dia menuju ke pintu. Dari lubang pintu, dia melihat wajah siapa yang muncul di luar pintu. “emmm…handsome juga mamat ni,” bisik hatinya. Lalu dia membuka sedikit daun pintu untuk bertanya siapakah gerangan jejaka yang handsome itu. Jejaka tersebut melemparkan senyumannya dan memperkenalkan dirinya. “Saya Nazmi, wakil Astro,” terang jejaka itu. “Saya rasa awak salah rumah. Saya tiada masalah dengan Astro. Semuanya terang dan nyata. Siaran semua dapat. Setakat ni ok je.” Terangnya panjang lebar. “Begini Cik Fatehah…Cik merupakan salah seorang pemenang program reality anjuran pihak Astro. Jadi, saya cuma nak menyampaikan surat ini kepada Cik Fatehah sahaja. Sebarang maklumat cik boleh layari laman web kami ye.” Si Jejaka yang bernama Nazmi pula mengambil giliran menjelaskan kepada Fatehah. “Jiwa kacau ni…bila masa pulak saya hantar borang penyertaan ke…hadir ujibakat ke…tapi tak pelah…yang penting saya pemenang bukan pengalah.” Fatehah tersengih-sengih sambil mengajuk cakap Vince. Nazmi turut tersengih-sengih mendengar kata-kata Fatehah lalu mengghulurkan sepucuk sampul surat berwarna kuning kepada Fatehah. Dia hanya menghulurkan tangan dan menjengulkan wajahnya untuk mengambil sampul surat tersebut. “Terima kasih ye En. Nazmi. Maaf saya tidak jemput masuk. Faham-faham sajalah ye.” Dia membelek-belek sampul surat tersebut. Puas dia memikirkan isi kandungan surat tersebut. Hatinya berdebar-debar. “Ish..bila masa pulak aku masuk peraduan ni ye…” hatinya berteka-teki. Dia membuka surat itu. Dengan tangan yang terketar-ketar dia membuka lipatan surat itu. Matanya laju membaca setiap huruf dan baris surat tersebut. Tak sia-sia dia menghadiri kursus ‘speed reading’ suatu ketika dulu. Belum sempat dia menghabiskan perenggan kedua, dia terus menjerit… “ADHIIIIIIIII…….!!! “Alamak, matilah aku, habislah aku….macam mana ni….ummi…tolong Adhi ummi.” Akan bersambung…….

Khamis, 18 Februari 2010

Aku Nak 'Pinjam' Mereka Lama

1) First time jumpa your kucing bila dan kat mana?tahun 2007. yup feb 27. Aku beli Bob dan Yaya setelah terpesona melihat kecomelan Bob. 2) Love at first sight?Tidak...sebab sebelum-sebelum ini aku sudah mempunyai kucing. Pernah satu ketika dulu aku menangis kerana meninggalkan kucing di rumah sebab aku belajar di USM dan seterusnya kerja di Gerik. Bila aku mula bertugas di Gerik, kucingku Pus pun turut meninggalkan rumah kerana ketiadaan aku. itu menurut cerita ayahku. 3) Who is he/she when the first time you met him? Dua ekor kucing yang sangat comel. Mereka pada mulanya akan menyorok-nyorok di almari kerana tak biasa jumpa manusia. lebih kurang 2 minggu peristiwa ini berlaku. Akhirnya mereka berani menampakkan diri secara bersungguh-sungguh apabila lapar. Yang bestnya mereka akan setia menunggu di pintu bilik setiap pagi. Makan time. 4) First time Bob n Yaya Kawin?Masa umur Bob Setahun lebih. Masa tu juga aku dah beli Mawi dan Oshin. So sweet Mawi masa tu. Kuning warnanya. Kalau adik Mawi hidup lagi...mesti lagi comel. 5) What is about him/her that you love so much?Kucing-kucingku akan berlari pulang ke rumah apabila ternampak aku pulang dari kerja. 6) You will lose your mind and crack your head when he/she..buang najis bersepah-sepah. Aku pernah bantai kucing-kucingku yang buat hal mcm tu. kalau Bob yang kena bantai yang lain turut menikus sbb takut kena tempiasnya juga. seolah-olah mereka berkata...tu..lah ni semua korang punya pasala… 7) You will smile through your eyes for the whole day when he/she..bermain-main dengan riang. 8) Complete below sentences, "My love towards my cats is as big as..Entahlah…Aku selalu doa... Ya Allah Kau bagilah aku 'pinjam' makhlukMu ini lama-lama kerana mereka selalu menemani saat-saat aku gembira, sunyi, sepi, kritikal . Amin..semoga Allah mengabulkan doaku ini..Amin....

Selasa, 2 Februari 2010

Mereka kehilangan

Emmm...dah lama tak menulis....ada keinginan tapi rasa MALAS lebih menguasai diri. Hari ni meeting, minggu lepas meeting. Boleh dikatakan setiap hari meeting sejak naik sekolah ni. Bekerja ni memang banyak meeting. Kadang-kadang dalam satu meeting besar ada meeting-meeting kecil yang wujud secara tidak sengaja. Malah ada juga masa meeting sudah mula mencungkil bakat masing-masing dengan melukis wajah-wajah AJK yang hadir. Satu kelompok pulak akan bersms sama ada menggunakan kertas atau hp masing-masing. Pendek kata meeting tak sepatutnya lebih daripada 2 jam. Kalau lebih dua jam akan timbullah masalah itu ini. Robot ke mereka? Kita asyik membincangkan bagaimana nak menjadikan mereka mendapat seberapa banyak A sementara hayat mereka di sekolah. Sedar tak sedar kita telah 'mematikan' akal mereka rupanya. Memang mereka mendapat A yang banyak tapi nilai sensitiviti mereka, nilai moral mereka dan nilai kematangan mereka kita kikis sedikit demi sedikit tanpa sedar. Atau kalau sedar sekalipun kita tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kisah ini berlaku di dalam sebuah kelas. Pelajar-pelajar ditugaskan membuat tugasan secara berkumpulan dan perlu menulis semua jawapan dalam kertas besar yang dibekalkan. Sebelum itu si cikgu telah berpesan kepada pelajar-pelajar supaya membahagikan kertas tersebut secukupnya supaya semua jawapan boleh dimuatkan dalam kertas. Tanpa berfikir panjang, atau tidak mahu berfikir pelajar bertanya guru, "Cikgu, macam mana kami nak tulis semua jawapan dalam kertas mahjong ni? Muat ke?. Cikgu dengan muka yang selamba gaban menjawab soalan pelajar, "Perlukah saya tunjukkan cara bagaimana nak memasukkan semua jawapan dalam kertas itu? Si cikgu juga telah menoleh kepada rakannya yang lain, "Perlukah saya menjawab soalan itu? Mereka sekumpulan ketawa. Sama ada mentertawakan 'kebodohan' mereka bertanya soalan begitu atau mentertawakan diri mereka sendiri. Realitinya kesian pelajar-pelajar ini. Terlalu banyak yang disogokkan kepada mereka sehingga mereka menjadi robot yang pandai menangani masalah dunia tetapi tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang sangat mudah dalam hidup ini. Kesian mereka rupa-rupanya. Mereka telah hilang zaman persekolahn mereka, Mereka hilang nikmatnya ilmu. Mereka hilang rasa seronoknya belajar. Kesian dia...kesian dia.