Selasa, 2 Mac 2010

Kahwin ooo kahwin..

Matanya melingas-lingas di sekelilingnya. Dia tidak pasti di mana dia meletakkan barang tersebut. Diselak-selaknya helaian baju yang sudah berlipat. Matanya beralih ke laci yang terletak di tingkat atas almari. “aku pasti…ye aku pasti mesti barang tu ada di dalam laci ni.” Dengan hati-hati, ditariknya laci tersebut dan dikeluarkan segala barangan yang mengisi ruang laci tersebut. Tiba-tiba…kring..kring…loceng pintu rumahnya berbunyi. Konsentrasinya hilang untuk terus mencari barang tersebut. “Siapa pulak yang datang ni,” rungutnya. “Dahlah aku nak cepat…ish….” Dia cepat-cepat mengisi semula barang-barang yang dikeluarkan tadi ke dalam laci semula. Tak tersusun…arghhh..biarlah…Pintu biliknya ditutup rapat. Dia menuju ke pintu. Dari lubang pintu, dia melihat wajah siapa yang muncul di luar pintu. “emmm…handsome juga mamat ni,” bisik hatinya. Lalu dia membuka sedikit daun pintu untuk bertanya siapakah gerangan jejaka yang handsome itu. Jejaka tersebut melemparkan senyumannya dan memperkenalkan dirinya. “Saya Nazmi, wakil Astro,” terang jejaka itu. “Saya rasa awak salah rumah. Saya tiada masalah dengan Astro. Semuanya terang dan nyata. Siaran semua dapat. Setakat ni ok je.” Terangnya panjang lebar. “Begini Cik Fatehah…Cik merupakan salah seorang pemenang program reality anjuran pihak Astro. Jadi, saya cuma nak menyampaikan surat ini kepada Cik Fatehah sahaja. Sebarang maklumat cik boleh layari laman web kami ye.” Si Jejaka yang bernama Nazmi pula mengambil giliran menjelaskan kepada Fatehah. “Jiwa kacau ni…bila masa pulak saya hantar borang penyertaan ke…hadir ujibakat ke…tapi tak pelah…yang penting saya pemenang bukan pengalah.” Fatehah tersengih-sengih sambil mengajuk cakap Vince. Nazmi turut tersengih-sengih mendengar kata-kata Fatehah lalu mengghulurkan sepucuk sampul surat berwarna kuning kepada Fatehah. Dia hanya menghulurkan tangan dan menjengulkan wajahnya untuk mengambil sampul surat tersebut. “Terima kasih ye En. Nazmi. Maaf saya tidak jemput masuk. Faham-faham sajalah ye.” Dia membelek-belek sampul surat tersebut. Puas dia memikirkan isi kandungan surat tersebut. Hatinya berdebar-debar. “Ish..bila masa pulak aku masuk peraduan ni ye…” hatinya berteka-teki. Dia membuka surat itu. Dengan tangan yang terketar-ketar dia membuka lipatan surat itu. Matanya laju membaca setiap huruf dan baris surat tersebut. Tak sia-sia dia menghadiri kursus ‘speed reading’ suatu ketika dulu. Belum sempat dia menghabiskan perenggan kedua, dia terus menjerit… “ADHIIIIIIIII…….!!! “Alamak, matilah aku, habislah aku….macam mana ni….ummi…tolong Adhi ummi.” Akan bersambung…….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan