Isnin, 30 November 2009

Hatinya Berbunga

Hatinya Berbunga Hatinya berbunga Melihat kumbang mengalun rentak Rentak pesona Persada cinta Hatinya berbunga Melihat senyum mentari Seri bulan purnama malam hari Seakan berkongsi bunga hatinya Hatinya berbunga lagi Untuk kali kedua Doanya Biarlah bunga-bunga hati ini Terus menguntum mekar Hingga akhir hayatnya Hatinya berbunga kembali… Syukur…. Azah Bakri…25 Januari 2005

Sajak 1

TANAH INI BASAH LAGI… Tanah ini basah lagi Dengan hujan yang turun kelmarin dulu Hujan derita Duka yang mengalir Tanah ini basah lagi Dengan airmata luka Merintih dalam sunyi Sepi Dan luka itu Bertambah dalam parah…. Tanah ini basah lagi Dengan darah kecewa Luka semalam masih belumpun kering Azah Bakri Mac-April 2004

Sabtu, 14 November 2009

Aku Sayang Bob

Bob kucing yang sangat istimewa di hatiku. Bob aku beri nama kerana pada aku nama itu cukup ringkas dan sesuai dengan saiz badannya. Bob kucing yang paling manja berbanding dengan kucing-kucingku yang lain. Dengan kawan-kawan aku Bob mudah mesra. Mesra gitu....

Aku akan mudah sangat rasa rindu pada Bob. Apabila aku balik sekolah...dari jauh aku dah nampak dia akan berlari menuju ke rumah lalu mengguling-gulingkan badannya di tengah jalan. Itulah Bob. Berat badan Bob 6 kilo lebih. Ibaratkanlah mengangkat 5 kilo beras...Seronok dapat memeluk Bob. Bob juga mesra dengan kucing-kucing lain (kucing kecik...bukan kucing besar) Bob menjadi hero kepada kucing-kucing ku yang lain. Boblah yang akan mempertahankan kucing-kucing ku yang lain daripada serangan kucing otai di kawasan ini. Bob akan marah sangat kalau memarahinya bergaduh dengan kucing lain. Jika aku memegangnya Bob akan menggigit-gigit tangan aku tanda protes. Emmm mungkin dia tak sempat menunjukkan keperkasaannya kepada musuhnya itu. Kadang-kadang aku rasa selamat apabila Bob ada di rumah...kenapa ye? Mungkin perasaanku saja...ntahlah....

Bob..oooo...Bob

Aku selalu tanya Bob...Bob sayang kita tak? Dia akan memandangku...Faham atau tidak dengan soalan aku...aku pun tak tahu... :)

Aku Jadi Rindu

Hari ini aku jadi rindu pada masakan arwah ayah terutamanya lempeng yang arwah buat pagi-pagi. Aku dah cuba banyak kali untuk mencuba untuk membuat lempeng yang sama seperti aarwah buat tapi tetap tak sama.
Macam mana persoalan ini timbul? Hal ini dibangkitkan ketika kami(kakakku dan anak saudaraku(yati) berbual-bual tentang makanan. ketika itu aku dan yati sedang menikmati makanan tengah hari di rumah kakakku. Masa itulah semua orang mengemukakan betapa mereka merindui makanan yang arwah buat. Arwah memang pandai masak. Setiap orang yang datang terutama cucu-cucunya walaupun dah makan di rumah akan makan sekali lagi jika menziarahi arwah. Arwah akan menyuruh aku memasak nasi jika cucu-cucunya nak makan. Dia suka sangat kalau tengok cucu-cucunya makan. Puas hati arwah agaknya
Lempeng arwah memang istimewa bagi aku. Lembut tapi dalam masa yang sama akan rangup di tepi-tepinya. Lempeng itu tetap lembut dan sedap walaupun hari menjelang petang. Aku akan makan berkeping-keping jika sarapan pada pagi itu ialah lempeng. Lempeng itu dicicah dengan sambal tumis yang arwah buat juga. Arwah kalau buat sambal tumis dan asam pedas pun sangat sedap. Ada seorang sahabatku..sanggup meminta arwah membuat sambal tumis dan menyuruh aku membawanya pulang ke Perak.
Beberapa hari lagi...Aidil Adha akan tiba. Makanan yang dulunya arwah buat iaitu Burasak...tak akan dapat kami nikmati lagi. Kami jadi rindu semua itu...rindu sangat. Apa yang tinggal hanya kenangan. Tetap dalam hati...itu istimewanya....

Isnin, 2 November 2009

Kematian itu pasti....

Sejak kematian anak sepupuku kerana sakit kencing mati...atau pemergian seseorang sebelum ini...aku sering memikirkan bagaimana rasanya MATI. Sakitkah? Bersediakah aku nak menghadapi kematian? Cukupkah bekalan aku? Sudah sempurnakah segala tanggungjawab aku kepada orang lain? emmmm...aku akan mati di mana? bagaimana keadaan aku ketika mati? siapa yang mengadap aku ketika mati? Oleh sebab aku tinggal seorang..adakah aku mati orang lain akan tahu atau aku dikelilingi oleh kucing-kucing aku? Beratkah jenazahku? Doa aku...matikanlah aku dalam Iman, Ringanlah jenazahku, aku sudah menunaikan semua tanggungjawab sebagai seorang Islam dan aku mati dalam keadaan yang mudah. Amin...

Melangkah 40...sempurnakanlah

Lagi 22 hari lagi aku akan melangkah 40. Apa perasaan aku sebenarnya? Apa persediaan aku sebenarnya? Sejak awal tahun lagi aku sudah pun mengira-ngira detik ini. 40...emmmm..ada kalanya aku rasa takut . Bukan takut kerana umur semakin tua tapi takut nak menghadapi cabaran usia 40 itu. Ada orang kata...life begin at 40. Nak jadi baik...nak jadi sebaliknya...pun dikatakan pada usia tersebut. Perempuan juga tak terlepas daripada itu. Umur 40 seolah-olah satu kelahiran baru. Apa perasaan aku? Aku takut...takut jika aku jadi hambaNya yang hidupnya ntah apa-apa. Apa persediaan aku? Harta...Ada kereta, Kucing 4 ekor. Teman hidup?...emmmm...tak tau... Rumah?..emmmm...tak tau nak settle down kat mana... Seterusnya.... Aku akan sempurnakan mana yang patut.. Doa banyak-banyak supaya Aku Jadi Manusia yang lebih baik daripada semalamnya... Akan cuba luangkan masa yang lebih banyak denganNYA... Akan lebih banyak dan lebih kerap membaca kitabNYA....