Selasa, 2 Februari 2010

Mereka kehilangan

Emmm...dah lama tak menulis....ada keinginan tapi rasa MALAS lebih menguasai diri. Hari ni meeting, minggu lepas meeting. Boleh dikatakan setiap hari meeting sejak naik sekolah ni. Bekerja ni memang banyak meeting. Kadang-kadang dalam satu meeting besar ada meeting-meeting kecil yang wujud secara tidak sengaja. Malah ada juga masa meeting sudah mula mencungkil bakat masing-masing dengan melukis wajah-wajah AJK yang hadir. Satu kelompok pulak akan bersms sama ada menggunakan kertas atau hp masing-masing. Pendek kata meeting tak sepatutnya lebih daripada 2 jam. Kalau lebih dua jam akan timbullah masalah itu ini. Robot ke mereka? Kita asyik membincangkan bagaimana nak menjadikan mereka mendapat seberapa banyak A sementara hayat mereka di sekolah. Sedar tak sedar kita telah 'mematikan' akal mereka rupanya. Memang mereka mendapat A yang banyak tapi nilai sensitiviti mereka, nilai moral mereka dan nilai kematangan mereka kita kikis sedikit demi sedikit tanpa sedar. Atau kalau sedar sekalipun kita tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kisah ini berlaku di dalam sebuah kelas. Pelajar-pelajar ditugaskan membuat tugasan secara berkumpulan dan perlu menulis semua jawapan dalam kertas besar yang dibekalkan. Sebelum itu si cikgu telah berpesan kepada pelajar-pelajar supaya membahagikan kertas tersebut secukupnya supaya semua jawapan boleh dimuatkan dalam kertas. Tanpa berfikir panjang, atau tidak mahu berfikir pelajar bertanya guru, "Cikgu, macam mana kami nak tulis semua jawapan dalam kertas mahjong ni? Muat ke?. Cikgu dengan muka yang selamba gaban menjawab soalan pelajar, "Perlukah saya tunjukkan cara bagaimana nak memasukkan semua jawapan dalam kertas itu? Si cikgu juga telah menoleh kepada rakannya yang lain, "Perlukah saya menjawab soalan itu? Mereka sekumpulan ketawa. Sama ada mentertawakan 'kebodohan' mereka bertanya soalan begitu atau mentertawakan diri mereka sendiri. Realitinya kesian pelajar-pelajar ini. Terlalu banyak yang disogokkan kepada mereka sehingga mereka menjadi robot yang pandai menangani masalah dunia tetapi tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang sangat mudah dalam hidup ini. Kesian mereka rupa-rupanya. Mereka telah hilang zaman persekolahn mereka, Mereka hilang nikmatnya ilmu. Mereka hilang rasa seronoknya belajar. Kesian dia...kesian dia.

1 ulasan:

  1. a'ah...moksu pon pernah cerita pada yati....moksu suruh student moksu buang sampah..dan student moksu tanya moksu balik nk buang sampah kat mana...apakah?hehehehehe

    BalasPadam