Rabu, 24 Jun 2009

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja. 1. Bekas kekasih saya adalah :sejarah yang telah lama saya tinggalkan. 2. Saya sedang mendengar :suara DJ radio sedang membebel dan iklan radio yang ntah apa2 3. Mungkin saya patut :tidur supaya hilang semua masalah .4. Saya suka :duit dan apa yang duit boleh buat untuk saya. 5.Sahabat-sahabat baik saya :ada di sini dan ada di tempat lain juga. Seorang daripadanya ada di Trengganu. 6.Saya tak paham :kenapa manusia suka gaduh perkara yang remeh temeh. 7.Saya kehilangan :waktu dan ruang saya untuk baca buku cerita banyak2. 8.Ramai yang berkata :saya ni baik hehehehehe...ye ke ..Mekasih. .9.Makna nama saya : Rusa.....warghhhhhhhhhhhh.10.Cinta itu adalah :perasaan yang tidak boleh diungkap dengan perkataan. manusia jadi lupa diri kerana cinta...cinta juga menyatukan manusia 11.Di suatu tempat, seseorang sedang :monyok. saya tensen tengok orang monyok kerana secara tak langsung kita pun boleh terlibat sama jika orang itu kawan kita. 12.Saya akan cuba :menjadi kaya hahahahahaha. Amin. 13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :infiniti. 14.Telefon bimbit saya :berwarna silver dan merah. saya sayang yang silver...dah guna 3 tahun..bateri masih bertahan lama. 15.Bila saya terjaga dari tidur :saya kena cepat2 bangun sebab Bob dah bernyanyi di telinga saya kenan nak makan..oooohhhh BOB .16.Saya paling meluat apabila :orang yang tak reti beratur. 17.Pesta/Parti adalah :menggembirakan apabila kawan-kawan yang menggembirakan ada bersama.18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :kucing 19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 24 tahun sebab saya dah grad daripada universiti...dapat keje dan pegang duit sendiri .20.Hari ini :cuaca sangat mendamaikan, bunyi-bunyian burung juga mengurangkan kesunyian pagi di sekolah saya. kucing-kucing saya pun berada di rumah. 21.Malam ini saya akan :cuba menggosok baju-baju keje...tapi bila kenangkan ada tuisyen..malasnya 22.Esok pula saya akan : ada kelas budak f2 watu terakhir...bosannya. 23.Saya betul-betul inginkan :sambung belajar...pegi umrah lagi...mekah dan madinah ..tempat yang paling menenangkan jiwa. 24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :nampak macam kurus skit...hahahahaha..perasan 25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :JJ .26.Makanan Barat atau Jepun :tak suka makanan Jepun... .27.Bilik yang terang atau gelap :gelap apabila tidur, cerah apabila siang. 28.Makanan segera adalah :lebih senang ketika terlalu sibuk atau dalam erti kata lain terlalu malas untuk memasak. 29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Orang-orang yang berada di sekekliling kita ni hanya kawan...belum sampai tahap sahabat....nak cari sahabat ni bukan dalam masa yang sekejap...kekasih atau suami...belum tentu boleh jadi sahabat kita.Belajarlah jadi rasional 30.Siapa yang anda mahu Tag?entahnya...tengoklah sesiapa yang saya mahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan