Khamis, 19 Januari 2012

Mari Berkenalan Dengan Mereka

Bob...Ketua rumah...sangat manja, bersikap pelindung kepada kucing2 lain
Mawi...kucing paling hensem...menjadi pojaan orang yang lalu lalang...pemalu dan dalam masa yang sama garang dengan JJ dan Puteh. Tak suka dipegang selalu.
Puteh...selalu dipanggil kucing paling busuk di dunia hahahahaha...sangat aktif menangkap apa2 yang terfikir olehnya. Cukup gemar merayap...
JJ...paling gemar bergaduh dengan Mawi...dalam erti kata mengusik Mawi ketika Mawi tidur. JJ lebih gemar duduk di dalam rumah daripada merayap di luar
Mereka ini ialah kucing-kucingku yang sangat comel. Menemani aku siang dan malam, yang mempunyai perangai tersendiri. Tanpa mereka, rumah itu akan menjadi sunyi....

Seronoknya Tengok Kebahagiaan

Sesekali, apabila kita melihat kebahagiaan orang lain, kita rasa seronok sangat. Tetapi kekadang kita juga rasa, bila kita hendak merasai kebahagiaan itu. Kebahagiaan itu subjektif. Rasa sihat itu juga bahagia, berjaya juga bahagia, rezeki juga bahagia. Tapi kekadang kita terlupa dengan apa yang pernah kita kecapi hingga kita kata kita tak bahagia...

Ahad, 18 Disember 2011

Rabu, 26 Januari 2011

KALAULAH....

Kalaulah....
Masjidil Haram itu sedekat ke Kuala Lumpur...
Pasti akan saya kunjungi setiap bulan atau minggu
Mengadu masalah...
Mengubat hati yang resah...
Berzikir menyebut nama-nama Allah...
Agar terasa lebih dekat denganNya...
Kalaulah...
Masjid Nabawi itu sedekat ke Johor Bahru...
Pasti akan saya kunjungi setiap hari atau minggu...
Menziarahi Rasulullah...
Menzahir rasa cinta...
Alangkah...

Isnin, 27 September 2010

Umrah Ramadan 2010

Pagi 1 Syawal....di Masjidil Haram...dianggarkan umat manusia 5 juta

Keputusan untuk mengerjakan umrah ramadan 2010 kuambil setelah: 1. Rayuan untuk mengerjakan haji tidak mendapat respon daripada tabung haji 2. Mendengar cerita kawanku yang menyatakan keseronokan berpuasa di Mekah 3. Menggunakan duit tuisyen dengan sebaik-baiknya... dan...keputusan yang kuambil ini sangat tepat....kerana.. 1. Seronoknya menjalani aktiviti malam pada ramadan kali ini di Madinah dan Mekah...Terawih dan Tahajud berjemaah...berada di masjid hampir 80% waktu di dalam masjid... 2. Aku tak payah nak memikirkan aku perlu berada di rumah siapa pada malam raya hehehehehe Pengalaman yang tidak boleh dilupakan... 1. Hampir-hampir tidak boleh masuk masjidil haram kerana orang terlalu ramai dan polis melakukan sekatan.. 2. Berhari raya bersama Lini setelah 15 tahun tidak berjumpa. Allah pertemukan kami di Mekah al-Mukaramah... Azamku.... 1. Kumpul duit lagi...selepas mengerjakan haji...buat umrah banyak-banyak...untuk berada dekat dengan Allah.... Kesimpulannya... Ramadan di Madinah dan Mekah memerlukan kekuatan minda dan fizikal....

Selasa, 25 Mei 2010

Bila Rasa Dihargai...

Apa rasanya jika kita dihargai...disukai...diminati...tanpa kita mengetahuinya. Dan apabila kita mengetahuinya setelah cerita itu terpendam...kita akan rasa terharu dan teruja sangat. Lebih-lebih lagi jika kita bukanlah orang yang rupanya macam Nur Fazura ke...Erra Fazira ke...atau yang punya suara seperti Siti Nurhaliza ke.... Pengalaman itu mesti sesuatu yang sangat indah dan menarik. Terima kasih kepada 'teman' yang pernah meminatiku, menghargai persahabatan dan layananku...tapi dianggap 'istimewa' bagi teman itu. Sungguh tak disangka...aku diminati dan disukai dalam diam...Terima kasih banyak-banyak. Walaupun tiada jodoh...setelah diketahui dia meminati aku sehingga sanggup merealisasikan permintaanku...terima kasih tidak terhingga.

Khamis, 22 April 2010

Umpama 'Jaja dan Din'

Masih terngiang-ngiang lagi alunan azan dan bacaan ayat suci al-Quran bacaan ustaz ini. Hati aku menjadi sangat syahdu. Bacaannya menusuk kalbu. Bukan tak biasa mendengar orang-rang membaca ayat-ayat Allah. Tapi ntah kenapa ye... Kali pertama aku berasa sangat syahdu apabila mendengar bacaan al-quran adalah semasa di Mekah. Suara imam tersebut sangat merdu dan bacaannya 'sampai' di dalam hati aku. Sewaktu di Madinah pun aku tak rasa begini berbanding di Masjidil Haram. Kadang-kadang aku jadi tak sabar untuk bersolat di Masjidil Haram kerana hendak mendengar bacaan imam tersebut. Balik di Malaysia aku masih lagi teringat-ingat dengan suara imam tersebut. Aku sanggup mencari cd bacaan imam tersebut semasa di Mekah. Umpama anak kecil, puas apabila mendapat apa yang diidamkan. Seronok sangat. Beberapa hari yang lepas, aku mengikut kawan mengikuti proses perubatan Islam. Hanya semata-mata menggunakan ayat-ayat Al-quran. Wah...sekali lagi aku bertemu dengan ustaz ini. Suaranya yang mengalunkan azan dan ayat al-quran sangat sedap pada halwa telingaku. Selepas kawanku diubati, aku punya mengambil tempat. Terasa dekat benar di hati, di jiwa bacaan ustaz itu. Umpamanya semasa dia mengalunkan bacaannya, aku membayangkan..kalaulah yang membacakan ayat itu 'suamiku' alangkah bagusnya. Kalau Jaja sanggup menjejaki Din, jatuh hati dengan perwatakan Din, aku pun sama juga. Tetapi aku taklah sampai ke situ. Emmmm....moga-moga aku bertemu jodoh dengan orang sebaik 'Din', merdu bacaan ayat-ayat al-quran seperti imam/ustaz. Warghh...besarnya impian...